السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Monday, January 23, 2017

Pengalaman Melahirkan Baby NF

Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca yang menyinggah di blog ini. Hari ini, mama NF nak tulis pengalaman mama melahirkan NF di Hospital Sungai Buloh atau lebih dikenali dengan nama HSB. Mama melahirkan NF pada penghujung bulan 8 tahun 2016 yang lalu. Kini, NF telah pun berusia hampir 5 bulan. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah meng-anugerahkan NF kepada mama dan abah.

Kisah di minggu akhir check-up perut di Klinik Desa Assam Jawa

Alkisahnya, ada beberapa kejadian sedih yang menimpa abah pada minggu terakhir check-up perut mama. Kereta abah 'accident'. Mama ingat lagi, hari isnin, pukul 8 lebih, waktu pagi, abah call mama bertalu-talu. Mama taknak angkat sebab mama merajuk dengan abah. Mama pun tak ingat kenapa mama merajuk dengan abah. Apa pun, mama jenis yang tak sampai hati. Finally, mama angkat jugak la bila abah call mama. Abah beritahu yang dia 'accident' tak jauh dari tempat tinggal kami. Kejadian tu berlaku betul-betul berhampiran dengan kawasan JPJ berdekatan Saujana Utama, Sg. Buloh. Ada sebuah kereta yang himpit abah. Kereta tu dari lorong kanan. Abah memandu di lorong kiri. Kereta tu tiba-tiba je menghimpit kereta abah. Mama tak pasti sama ada pemandu tu sengaja membuat aniaya pada pemandu lain atau memang betul-betul dia berada di kawasan 'blind spot' sewaktu menghimpit ke bahagian kiri jalan. Abah pun cuba nak mengelak kereta tersebut, lalu kereta abah yang terbabas. Ada kawan abah yang 'follow' dari belakang nampak kereta abah terhuyung-hayang sebelum melanggar tiang letrik di bahu jalan. Alhamdulillah syukur abah takde apa-apa. Pemandu tersebut lari. Abah tak sempat nak ambil nombor plate kereta tersebut.

Lama mama tunggu abah 'settle' kan hal kemalangan ni. Kira-kira waktu petang jugak lah baru abah balik jumpa mama. Hmmm.. mama sedih. Dah la mama tunggu masa je untuk melahirkan NF. Kenapa lah ada pemandu yang tak berhati-perut meng-aniaya pemandu lain? Kau tunggu la giliran kau pula wahai pemandu durjana. Dunia ibarat roda, entah esok lusa kau pula yang kena. Akhirnya, abah buat keputusan untuk menggunakan kereta mama sahaja. Abah pergi kerja pun guna kereta mama. Mama duduk rumah je sementara tunggu hari untuk bersalin.

Hari rabu mama pergi check-up perut. Mama happy sebab itu adalah hari terakhir mama ke klinik tersebut. Bila tengah check, nurse kata perut mama makin kecil. Nurse suruh mama ke mana-mana klinik swasta untuk scan baby NF. Mama pun turutkan je. Mama pergi ke Meru, klinik panel abah. Lepas scan, doc. kata air ketuban mama tinggal sikit je. Sangat sikit. Mama rasa sedih, risau, susah hati, semua perasaan negatif ada waktu tu. Allah Ta'ala je yang tahu perasaan mama. Mama nak NF sihat. Mama taknak NF lemas dalam perut mama sebelum lahir. Akhirnya, doc. tulis surat refer ke hospital kerajaan untuk ditahan ke wad. Mama pilih Hospital Serdang sebab dekat dengan rumah mak mama.

Jauh juga perjalanan ke HS. Sampai sahaja di HS, haish bukan main susah lagi nak cari parking. Mama tak suka ke HS sebab parking. Alhamdulillah, selesai parking, mama ke bahagian ibu bersalin. Malangnya, nurse beritahu labour room penuh. Pesakit yang menunggu turn pun sudah ramai. Ada seorang doktor wanita keluar berjumpa dengan mama. Dia beritahu LR penuh, kerusi menunggu pun penuh, sudah ada 15 orang. Dia taknak terima mama. Dia suruh mama pergi ke Hospital Kajang. Kasihan mama. Sudah lah kritikal, disuruhnya ke sana ke mari. Harapan mama untuk bersalin di HS sebab dekat dengan rumah mak mama musnah. Mama ingat nak berpantang dekat rumah mak mama, sebab tu mama pilih HS. Abah marah, dia penat ke sana ke mari. Entah apa-apa la HS ni, patut lah nama dia bersih sahaja. Bila pesakit full je, dihalaunya ke hospital lain. Akhirnya, abah mengambil keputusan untuk menghantar mama ke HSB.

Hospital Sungai Buloh terima pesakit

Mama sampai ke HSB waktu petang. Pukul 4 petang mama mendaftar ke HSB. Nurse tak banyak cakap. Nurse okay sahaja. Dia terima je mama masuk ke HSB. Tak macam Hospital Serdang. Jaga nama. Asal penuh taknak terima. Macam-macam mama dengar pasal HSB. Orang kata penuh la. Ramai orang lah. Memang lah ramai, tetapi bagi mama HSB okay. Dia layan je semua pesakit yang hendak bersalin. First time masuk ke HSB. Mama rasa berdebar-debar. Mama duduk di ruangan menunggu di tengah-tengah kawasan berdekatan dengan kaunter di wad LR. Rupa-rupanya, ramai betul ibu yang hendak bersalin menunggu di situ. Mama kena tukar pakaian berwarna pink. Mama duduk di kerusi-kerusi yang disediakan. Setiap waktu ada sahaja ibu-ibu melahirkan anak. Mama ngeri, mama seram, mama takut dengar ibu-ibu mengerang kesakitan untuk melahirkan bayi. Ada yang menjerit. Ada yang meneran-neran. Macam dekat neraka pun ada. Agaknya, dalam neraka ramai wanita menjerit-jerit sebegini rupa meminta tolong. Mama rasa macam azab sangat dengar ibu-ibu tersebut menjerit untuk melahirkan baby. Meremang bulu roma mama.

Kadang-kadang mama dengar suara baby. Mama menangis sorang-sorang. Mama rasa sedih bila dengar suara baby menangis. Mama sedih sebab mama happy sebenarnya dengar baby dah selamat lahir. Mama sedih lagi bila mengenangkan bagaimana lah mak melahirkan mama dulu. Mesti susah kan. Mama pula sedap-sedap je sakitkan hati mak mama, melawan cakap mak dan macam-macam lagi. Mama rasa mama anak derhaka. Mama sedih bila teringat hal-hal dahulu. Mama tak tahu pun bagaimana kesusahan seorang ibu melahirkan baby. Kalau lah anak-anak tahu kesusahan ibu-ibu melahirkan mereka, mesti mereka tidak sanggup menderhaka terhadap ibu-ibu mereka. Benarlah, syurga itu terletak di telapak kaki ibu.

Kenangan-kenangan sebelum bersalin

Mama duduk di kerusi LR ada lah lebih kurang sehari (24 jam). Mama tidur di kerusi menunggu. Kadang-kadang punggung mama krem. haha. Lama sangat duduk sampai punggung pun jadi kebas. Geng-geng yang menunggu giliran untuk bersalin ada lah dalam hampir 20 orang yang menunggu di kerusi. Itu tidak termasuk bagi mereka yang dikategorikan dalam kes berisiko tinggi. Bagi kes berisiko tinggi, ada sebahagian daripada mereka menunggu di katil-katil yang berhampiran dengan pintu masuk LR. Mama tak lalu makan pun. Mama rindu sangat dekat abah. Kasihan abah sebab hari-hari abah tunggu mama di luar LR. Abah datang bawa makanan untuk mama, mama tak lalu makan. Mama rasa sedih, takut, semua ada. Manja sangat dengan abah. hehe. Macam budak-budak dah.

Mama tak duduk sahaja di kerusi menunggu. Kadang-kadang mama dipanggil untuk cek air kencing, kemudian baring buat CTG. After baring, doktor-doktor 'HO' akan seluk mama. Sakit sangat. Mama paling tak suka part seluk-menyeluk ni. SAKIT. Seluk ni tujuannya adalah untuk cek bukaan berapa 'cm'. Untuk melahirkan bayi, selalunya 10 cm. Mama takde bukaan langsung. Mama rasa sakit sangat kena seluk. Mama kira, ada lah dalam 8 kali mama kena seluk sepanjang 6 hari mama duduk di HSB. Mama kena seluk dengan doktor yang berbeza-beza. Ada yang dengan HO. Ada yang dengan MO.

Sebelum mama dihantar naik ke wad 6c untuk di induce, mama kena tebuk tangan dulu. HO ambil sampel darah mama. Kemudian, masukkan something macam tiub ke tangan kiri mama. Cari-cari urat di tangan kanan mama tak jumpa. Tangan kiri baru jumpa urat. Bila dah masukkan tiub, HO lupa nak tutup tiub tu dengan penutup. Laju je darah mama melimpah keluar dari tiub macam air paip. Habis darah mama. Mama tak suka bab kelalaian doktor ni. Tapi takpelah, mereka pun masih belajar. Mama naik ke wad 6c. Mama tengok ramai ibu-ibu mengerang kesakitan selepas di induce. Mama berkenalan dengan beberapa orang pesakit di sini. Pada mama, mereka semuanya baik-baik. Friendly, Alhamdulillah.

Kenangan di wad 6c sebelum bersalin

Mama berkenalan dengan rakan-rakan yang berbeza jawatan. Mama duduk di kelas ketiga. Pada mama, wadnya bersih. Kipas pun laju. Sejuk je. Tandas pun bersih. Air pun air suam kalau nak mandi, tak lah terasa sejuk. Mama berkenalan dengan Tini. Tini adalah seorang jururawat yang bertugas di KK Tanjong Karang. Then ada Huda. Ramai lagi. Tapi mama dah lupa nama. hehe. Kebanyakan mereka yang ditempatkan di sini adalah untuk di induce. IOL. Lepas sorang, sorang, kena hantar ke LR. Ada yang kena bedah. Ada yang bersalin normal. Mama rasa seronok dapat kawan-kawan di wad 6c, mereka friendly. Nice friends. Mama happy k.

Mama first time di induce pada pukul 7 pagi. Duduk di wad ni sama je macam duduk di asrama tentera. Pukul 5 pagi je mama dan semua pesakit dikejutkan oleh nurse. Nurse ada yang baik, ada yang garang. Biasalah tu, mereka pun manusia biasa. Pukul 5 pagi adalah waktu untuk buang air kencing. Cuci muka, gosok gigi dan mandi. Pukul 6 pagi MO akan datang untuk sesi seluk-menyeluk. Pergh. Sakitnya, terasa bagai dipintal-pintal je rahim ni. Mereka akan bukakan jalan untuk ibu-ibu agar mudah bersalin. Sebab tu mereka seluk sambil memintal-mintal atau memial-mial rahim ibu. Lepas je induce pukul 7 pagi tu, mama rasa perut mama krem. Sakitnya. Aduh, sakit sangat ni. Tak tahu la nak cakap macam mana. Lepas induce tak boleh ke tandas selama sejam. Mama pun dah lupa. Seingat mama sejam je rasanya tak boleh ke tandas. Mama sakit sampai tengahari. Lepas tengahari, mama dah ok sikit. Mama rasa sengal-sengal je di kawasan perut dan peranakan sama macam orang yang hendak period. Mama boleh control rasa sakit. Alhamdulillah.

Abah rajin datang melawat mama. Hari-hari abah melawat mama. Mama pun hari-hari rindukan abah. Keluarga mama pun datang. Keluarga abah pun datang. Mama happy k. Mama bersyukur sangat sebab dapat mak mertua yang sangat penyayang dan baik hati. Mak mertua mama rajin masakkan lauk untuk mama. Mak mertua mama tak pernah lupa melawat mama setiap hari sambil membawa buah tangan atau makanan untuk dijamah. Alhamdulillah.

Detik-detik sebelum kelahiran NF

Tiba turn mama, hari keempat di HSB, pukul 7 malam, hari sabtu, tiba-tiba je nurse datang ke katil mama membawa kerusi roda. Masa tu mak mertua mama dengan adik ipar mama dah nak bersiap-siap balik sebab waktu melawat dah nak habis. Mama cemas. Mama nervous. Mama sedih. Abah peluk mama, cium dahi mama. Abah kata mama kuat. InsyaAllah ok. Mama tahan nangis masa tu. Mama takut sangat. Bukaan mama baru je 2 - 3 cm. Belum 6 cm ke atas. Macam mana nak bersalin? Nurse beritahu LR tengah banyak kosong. So, turn mama dah sampai. Nak taknak mama kena juga bersalin walaupun mama belum terasa nak bersalin pon lagi.

Sebelum menaiki kerusi roda, mama beritahu nurse yang mama boleh jalan sendiri ke LR. Mama ok. Tapi nurse tak bagi. Mama mesti duduk dekat kerusi roda. Nurse akan tolakkan mama. Sampai di LR, mama 'exercise' sikit-sikit. Mama buat ketuk-ketampi bila nurse keluar sebentar ambil dokumen mama. Lepas tu, bila nurse datang semula ke LR, mama diarahkan baring untuk buat CTG. Setiap hari kena buat CTG. Then, nurse masukkan air dua pain ke tangan mama. Nurse suruh mama tidur. Mama taknak tidur sebab mama tak mengantuk. Doktor-doktor (dua orang sahaja) datang ke bilik mama. Mereka tanya beberapa soalan dekat mama pasal air ketuban mama sikit. Mereka catit semua maklumat yang mama berikan ke dalam rekod mereka.

Selesai sesi interview, mama pun berehat. Doktor yang seluk mama kali ni doktor lelaki berbangsa Cina. Dia kata bukaan mama sebenarnya 2 cm sahaja. OMG. Then, lepas diseluk-seluk, bukaan mama jadi 4 cm. Mama ditinggalkan bersendirian sehinggalah pukul 10 malam. Pukul 10 malam tu, nurse suntik ubat ke tangan mama. Nurse kata itu ubat antibiotik. Lepas je kena suntik, dalam setengah jam je, perut mama terus sakit. Kali ni sakitnya lebih kuat berbanding ubat induce yang mama ceritakan tadi. Mama rasa, itu bukannya ubat antibiotik. Mama rasa itu ubat induce yang disuntik ke dalam darah pesakit. Mama tak tahan sakit sampai mama minta ubat penahan sakit dari sister yang bertugas di bilik mama. Sister ada beritahu mama. Jika mama perlukan ubat penahan sakit, beritahu sahaja nurse pada bila-bila masa.

Nurse suntik ubat tahan sakit dekat-dekat jam 11 malam. Mama minta pada nurse supaya benarkan abah masuk melawat mama. Mama sangat perlukan abah di sisi. Mama dah tak dapat nak berzikir dengan mulut macam yang biasa mama lakukan. Kali ini sakitnya lebih dahsyat. Bila abah masuk, mama suruh abah yang zikirkan. Mama suruh abah baca kuat-kuat sebab mama rasa tenang bila dengar abah baca. Mama dah buat latihan pernafasan macam yang mama baca di internet bila contraction datang, apa yang perlu dilakukan. Namun, mama tak berdaya buat latihan pernafasan sebab mama terlalu sakit. Selepas 15 minit abah berada di LR, Mak Gad India datang menjemput abah keluar. Rupa-rupanya abah tak boleh teman mama lebih daripada 15 minit. Mama sedih sangat sebab abah takde di sisi mama.

Kelahiran baby NF

Tak lama je lepas abah keluar dari LR, mama tertidur. Ubat tahan sakit tu buatkan mama mengantuk sangat. Mama search di internet lepas lahirkan NF, rupa-rupanya ubat tahan sakit tu adalah sejenis dadah yang sangat kuat. Patutlah mama rasa tenang je. Walaupun mama tertidur, dalam tidur tu, mama perasan yang mama meneran-neran macam orang yang nak teberak. Macam meneran berak keras. Lama gak lah. Yang mama ingat, bila nurse nak seluk mama, mama tak bagi sebab mama dah tak tahan rasa sakit diseluk. Nurse ada pesan pada mama. Jika puan ada rasa macam hendak terberak, sila beritahu kami. Mama mengantuk. Jadi mama tak beritahu nurse. Mama mamai. Mama sempat tengok jam di dinding pukul 3 pagi. Tiba-tiba, doktor lelaki berbangsa Cina tadi datang untuk seluk mama. Doktor tak seluk mama pun. Tiba-tiba je doktor kata, panggil suami dia.

Mama rasa lega sangat bila dengar doktor suruh panggil abah. Hmmm... lupa nak cerita dekat LR tu sejuk sangat. Aircond nya kuat. Menggigil mama kesejukan. Ada 3 orang nurse menunggu untuk menyambut kelahiran baby NF. No doctor. Kali ni, nurse beritahu mama yang mama dah nak bersalin. Nurse suruh mama buka tudung, buka getah rambut. Nurse suruh mama buka mata apabila meneran. Nurse gunting mama punya xxx untuk memudahkan baby NF lahir. Alhamdulillah mama tak rasa sakit pun. Meneran NF agak susah. Kali ketiga meneran baru berjaya keluarkan NF. Alhamdulillah. Mama dapat baby girl. 

Sesudah melahirkan baby NF, nurse letakkan baby NF di dada mama. Mama suka tengok NF dah buka mata. NF menangis keluar air mata. Mulut NF meminta-minta susu pada mama. hehe. Bahagianya rasa apabila NF lahir. Nurse-nurse pula suntik mama dengan ubat bius untuk proses menjahit. Walaupun dah bius, mama rasa gak sakit sikit-sikit je masa tengah jahit tu. Pedih-pedih sikit je. Ok la. Alhamdulillah mama boleh tahan. Selesai jahit, abah datang sarungkan stoking di kaki mama. Nurse pula uruskan baby NF. Banyak betul prosedurnya. InsyaAllah mama akan tulis lagi pengalaman seterusnya di post akan datang. Bye2. =)